Kelas Asas ICT Microsoft Office Excel

25 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Mac 2024, Kelas Asas ICT Microsoft Office Excel telah diadakan. Kelas ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan Microsoft Office Excel serta fungsinya. Peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang terdapat dalam Microsoft Office Excel serta diberi latihan membuat jadual.

Program yang berlangsung sekitar jam 2.00 petang dan berlangsung selama 1 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai asas komponen komputer dan tayangan video Penyebaran Maklumat Palsu. Kelas tamat pada sekitar pukul 3.00 petang. Kehadiran adalah seramai 1 orang peserta yang terdiri daripada penduduk tempatan Kampung Jerijeh Baru.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali